Tips Mengatasi Anak Yang Suka Buat Perangai



Tips Mengatasi Anak Yang Suka Buat Perangai

Adakala Ibubapa merasa malu bila anaknya buat perangai di depan khalayak ramai, terutamanya bila anak itu marah,menjerit, dan baring atas jalan hanya tidak mendapat sesuatu yang dikehendakinya. Ibubapa akan rasa tertekan dan marah dengan sikap anak tersebut.Jika emosi menguasai diri,ini akan membawa keburukan pada anak dan juga ibubapa.Mungkin anak itu akan dimarahi atau dipukul disitu juga.

Beberapa tips dibawah ini mungkin dapat membantu dalam mengatasi anak yang suka melakukan perangai :


Bertindak dengan segera

Jika ibubapa menyedari anak mulai bersikap merajuk dan marah kerana keinginannya tidak terpenuhi, ibubapa jangan diam saja, alihkan perhatian anak kepada benda yang lain. Misalnya anak ingin permainan,kita boleh mengalihkan minat anak ketempat lain seperti ke ke kedai buku di bahagian kanak-kanak ataupun ke pusat video games kanak-kanak.Fikirkan tempat yang boleh menyebabkan perhatian anak terganggu.


Sentiasa beri perhatian

Sentiasa mendekatinya dan beri perhatian padanya, anak biasanya mengetahui bahawa adakah ibubapa beri perhatian kepadanya atau tidak. Mereka membuat perangai kerana mahukan perhatian.

Menunjukkan raut muka tanda tidak setuju

Apabila dilakukan dengan selalu,anak akan dapat faham bahawa apa yang dia lakukan salah dan tahu bahawa ibubapanya tidak bersetuju dengan sikapnya.


Mengatakan apa yang kita inginkan dengan jelas

Contonya “Adik, hari ini kita ke kedai bukan untuk membeli mainan, kita ke kedai kerana mencari buku sekolah Kakak, jadi Ibu tidak akan membelikan adik mainan nanti”.

Terangkan jika ada,sebab kenapa tidak boleh beli barang yang dikehendakinya.

Proses ini menjadikan anak tersebut berfikir,tentang untuk membeli barang yang dia mahu nanti.


Bercakap dengan lembut dan tenang

Bercakap dengan tenang dan lembut yang dapat meredakan kelakuan anak. Jika ibubapa pun ikut emosi bersama marah, anak biasanya akan bertambah kuat buat perangai. Situasi tersebut akan menarik perhatian orang disekeliling kita.


Hargai anak dan beri kasih sayang

Sekiranya anak anda berjaya mengawal perangainya, beri kata pujian kepadanya atau peluk anak dan menciumnya, jadi anak akan tahu bahawa ibubapa sangat suka dengan perangai baik yang dia lakukan.Jadi anak tersebut akan mengekalkan sikap tersebut.
Share on Google Plus

Tentang Kyr

KYR "Pembawa cerita dari dunia internet".
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment