Lelaki Ini Dikunjungi Ramai Pelawat ,Selepas Mesejnya Tersebar Di Internet


Lelaki Ini Dikunjungi Ramai Pelawat ,Selepas Mesejnya Tersebar Di Internet

Seorang lelaki muslim british Peter Chatfield telah dimasukan ke Hospital kerana sakit kanser tulang belakang dan badannya lumpuh dari dada ke bawah.Doktor telah memberitahu beliau hanya mempunyai masa 6 bulan untuk hidup.

Peter Chatfield memeluk islam pada 15 tahun yang lalu.berkata beliau tertarik belajar mengenai islam selepas mendengar azan kali pertama di negara asia tengah.Perasaanya ketika mendengar azan itu tidak dapat digambarkan.Katanya lagi, bunyi itu paling indah yang dia pernah dengar selama ini.

Semasa dalam hospital beliau memberitahu beberapa kawan muslimnya bahawa beliau memerlukan sokongan dari saudara-saudara muslim yang lain, memberi semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan sehingga habis hayatnya.Beliau berkata dia tidak mempunyai ramai rakan muslim selepas memeluk islam.

Rakannya menghantar hasrat beliau tersebut dalam internet dan dalam beberapa hari dia menerima lebih dari seribu pelawat muslim dari seluruh pelusuk dunia.Ada yang terbang dari Arab Saudi hanya melawat dia sahaja selepas itu balik hari itu juga.Pelawat yang datang juga pelbagai kaum berbeza bahasa dan budaya.

Dia berasa terkejut ,terharu dan bersyukur kerana Allah memberikannya kasih sayang kepadanya yang tidak terhingga.

Mati itu pasti untuk semua makluk hidup dengan tenang beliau berkata “Adakah saya takut meninggalkan dunia ini? Tidak,saya rasa tenang sekarang kerana dikelilingi dengan kasih sayang yang anda berikan, semoga Allah berkati pada mereka yang datang melawat saya”

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 4 November 2014 yang lalu.Doakan roh beliau tergolong bersama-sama orang beriman.Amin



Share on Google Plus

Tentang Kyr

KYR "Pembawa cerita dari dunia internet".
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment