Api Menyala Di Atas Kolam



Kalau dilihat buat kali pertama ia kelihatan seperti fenomena ganjil dan aneh.Mana mungkin api boleh hidup di atas air.Itu keistimewaan kolam yang berada di negara Jamaica ini.

Dikenali sebagai Windsor Mineral Spring atau Fire Pond.Pengunjung boleh merasai pengalaman berendam atau mandi di dalam kolam aneh tersebut.Dikatakan baik untuk menyembuhkan pelbagai kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran.

Dari segi saintifik fenomena ini terjadi kerana tingginya tahap gas sulfur yang keluar dari dasar kolam semulajadi ini. Seperti kebanyakan kolam air panas ini juga mengandungi belerang yang tinggi.

Terdapat sejarah bagaimana api mula terbakar di atas kolam tersebut.

Lebih kurang pada 80 tahun lepas, ada seorang wanita ingin mandi di kolam tersebut.Dia ternampak sarang tebuan tergantung di pokok berhampiran dengan kolam lalu menggunakan kayu api untuk memusnhakan sarang tersebut.Ketika hendak memusnahkan sarang tersebut,kayu api jatuh ke dalam kolam dan api mula muncul di atas air.

Sejak dari itu, kolam ini sudah digunakan sebagai pusat rawatan selama berabad-abad lalu oleh penduduk sekitar dan pelancong dari luar dan dalam negara.

Bagi pelancong yang ingin ke Windsor Mineral Spring. Disana, pelancong akan ditawarkan untuk berjalan di kolam air panas tersebut dan merasai keunikkan fire massage dengan baring di atas api serta dapat makan makanan yang dimasak diatas api tersebut.







Share on Google Plus

Tentang Kyr

KYR "Pembawa cerita dari dunia internet".
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment