Cara Menegangkan Kulit Yang Kendur Selepas Berat Badan Turun


Ini agak mengecewakan bagi mereka yang bersusah-payah melakukan senaman bagi menurun badan.Anda berjaya mendapat berat badan yang sesuai tetapi lebihan lemak yang hilang menyebabkan kulit lebihan jatuh dan kendur.Cara yang paling cepat dan berkesan membuang kulit lebihan melalui pembedahan, ia agak mahal serta risikonya agak tinggi.Jom kita lihat cara semulajadi untuk menegangkan kembali kulit kendur dengan cara yang selamat dan semulajadi



Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Lapisan kulit akan bertambah baik dengan pengambilan air yang banyak.Kulit menjadi lebih elastik,jika ditarik ia akan kembali seperti asal tidak pada kulit kering.Amalkan minum tehhijau setiap hari ini kerana teh hijau mengadungi anti oksida yang baik

Lakukan senaman untuk otot

Senaman mengangkat berat, boleh dilakukan di gym atau di rumah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.Senaman otot ini tidak akan menghapuskan semua kulit kendur anda tetapi ia membantu membentuk badan menjadi lebih menarik dan cantik.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin dalam buah dan sayur dapat membantu menyuburkan kulit Contoh seperti buah limaudan bayam kandungan vitaminya sangat baik untuk membina kesihatan kulit dari dalam badan.


Sapukan minyak vitamin E pada kulit.


Ia penuh dengan antioksidan, yang melindungi kulit dari unsur-unsur berbahaya yang menyerang kolagen pada kulit.Jika kolagen anda rosak kulit kendur agak lambat untuk ditegangkan  Ia juga membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.
Share on Google Plus

Tentang Kyr

KYR "Pembawa cerita dari dunia internet".
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment