Apa yang akan berlaku selepas berhenti merokok.


Apa yang akan berlaku selepas berhenti merokok.

Tubuh badan anda akan mengalami satu perubahan secara berperingkat.Perubahan ini amat baik terutamanya untuk perokok tegar serta pada anda yang mendapat penyakit berpunca dari merokok.Jika anda betul-betul nekad berhenti merokok lakukan segara kerena ia sangat baik untuk kesihatan dan kewangan.

Mari kita lihat apa sebenarnya yang terjadi jika seseorang itu berhenti menghisap rokok.

Selepas 20 minit anda berhenti merokok yang terakhir, tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar.

Baguskan? Lapan jam selepas berhenti merokok terakhir, kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh anda akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal.

Seharian atau 24 jam selepas berhenti merokok terakhir, risiko kamu untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa.

Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok terakhir, anda mula perasan anda sudah tidak lagi batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada.

Ini mungkin sukar tapi tak salah kita kongsikan sekiranya anda berjaya berhenti merokok sepanjang tempoh setahun, risiko diserang sakit jantung berkurangan berbanding rakan kamu yang hanya merokok suka-suka. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok terakhir, kamu tidak perlu risau diserang strok.


Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun.

Bergelar perokok tegar tapi sudah berhenti mungkin masih berisiko untuk mendapat kanser tetapi sekurang-kurangnya, tindakan anda berhenti merokok sekarang mampu membantu menurunkan sedikit risiko pendek umur ini. Menakutkan bukan? Tapi itulah fakta dan realitinya.

Justeru apa kata gantikan rokok kamu dengan gula-gula kunyah lebih berbaloi selain boleh menjadikan muka awet muda tanpa kolagen.
Share on Google Plus

Tentang Kyr

KYR "Pembawa cerita dari dunia internet".
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment